Thursday, 26 December 2013
Kalau Anda Sayang Ibu Baca La
Orang kata aku lahir dari perut Ibu ! (Bukan Org kata , memang betul)
Bila dahaga , yang susukan aku . Ibu .
Bila lapar , yang suapkan aku , Ibu .
Bila keseOrangan , yang sentiasa di sampingku , Ibu .
Kata Ibu , perkataan pertama yang aku sebut , Ibu .
Bila bangun tidur, aku cari , Ibu .
Bila nangis , Orang pertama yang datang , Ibu .
Bila nak bermanja, aku dekati , Ibu .
Bila nak bergesel , aku duduk sebelah , Ibu .
Bila sedih , yang bOleh memujukku hanya , Ibu .
Bila nakal , yang memarahi aku , Ibu .
Bila merajuk , yang memujukku cuma , Ibu .
Bila melakukan kesalahan , yang paling cepat marah , Ibu .
Bila takut , yang tenangkan aku , Ibu .
Bila nak peluk , yang aku suka peluk , Ibu .
Aku selalu teringatkan , Ibu .
Bila sedih , aku mesti telefOn , Ibu .
Bila serOnOk , Orang pertama aku nak beritahhu , Ibu .
Bila bengang , aku suka luah pada , Ibu .
Bila takut , aku selalu panggil , ” iiiiibuuuu ! “
Bila sakit , Orang paling risau adalah , Ibu .
Bila nak exam , Orang paling sibuk juga , Ibu .
Bila buat hal , yang marah aku dulu , Ibu .
Bila ada masalah , yang paling risau , Ibu .
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni , Ibu .
Yang selalu masak Ibuanan kegemaranku , Ibu .
kalau balik ke kampung , yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk , Ibu .
Yang selalu simpan dan kemaskan barang barang aku , Ibu .
Yang selalu berleter kat aku , Ibu .
Yang selalu puji aku , Ibu .
Yang selalu nasihat aku , Ibu .
Bila nak kahwin , Orang pertama aku tunjuk dan rujuk , Ibu .
Aku ada pasangan hidup sendiri .
Bila serOnOk , aku cari , Pasanganku .
Bila sedih , aku cari , Ibu .
Bila berjaya , aku ceritakan pada , Pasanganku .
Bila gagal , aku ceritakan pada , Ibu .
Bila bahagia , aku peluk erat , Pasanganku .
Bila berduka , aku peluk erat , EIbuku .
Bila nak bercuti , aku bawa , Pasanganku .
Bila sibuk , aku hantar anak ke rumah , Ibu .
Bila sambut valentine , Aku bagi hadiah pada Pasanganku !
Bila sambut hari ibu , aku cuma dapat ucapkan “ Selamat Hari Ibu ” !
Selalu , Aku ingat pasanganku !
Selalu , Ibu ingat kat aku !
Bila-bila , Aku akan telefOn pasanganku !
Entah bila , aku nak telefOn Ibu !
Selalu , aku belikan hadiah untuk pasanganku !
Entah bila , aku nak belikan hadiah untuk eIbu !
Renungkan :
” Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja , bOlehkah kau kirim wang untuk Ibu
” Ibu bukan nak banyak , lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah . “
Berderai air mata jika kita mendengarnya .
Tapi kalau Ibu sudah tiada .
” IBUUUuuu ! RINDU IBU ! RINDU SANGAT ! “
Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya !
Berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya !
Berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya !
Berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya !
Berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya !
Berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya !
Dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya !Dajjal Dijumpai di Gua Pulau Socotra Yaman - Dikurung
Pada zaman
Rasulullah s.a.w, Dajjal menamakan dirinya sebagai Syuib. Pernah di satu
ketika Rasulullah s.a.w. dan sahabat berjalan di satu lorong lalu
berjumpa dengan seorang budak berdiri cekak pinggang dan merenung
Baginda dan sahabat sehingga berasap matanya, lalu dia menjerit
''dukhan-dukhan (asap)''.
Lalu Saidina Ali
bertanya kepada Rasulullah siapakan pemuda tersebut? Baginda menjawab,
itulah Dajjal. dalam keadaan matanya yg berasap dia telah lari dari
lorong ke lorong. Apabila Saidina Umar dan Saidina Ali mahu membunuh
Dajjal ini, Rasulullah s.a.w. melarang mereka. Namun Saidina Umar telah
meyiku Dajjal sehingga mata kanan Dajjal buta lalu lari dari Madinah.
Rasulullah telah bermunajat kepada Allah agar Dajjal dibawa keluar ke
satu Pulau dan dipenjarakan.
Bentuk Fizikal Dajjal
Dajjal ini bentuk
rupa paras senantiasa berumur 33 tahun, berbadan sasa, rambutnya
kerinting dan matanya sepet. Usianya kini sudah hampir 2700 tahun.
Setelah Rasulullah
s.a.w. wafat, di zaman Khalifah Abu Bakar, Dajjal cuba datang ke Mekah
dengan rombongan haji tetapi Dajjal tidak dapat hidup lalu dia telah
diikat di satu Pulau tempat asalnya. Sehinggalah seorang sahabat
Rasulullah s.a.w. iaitu Saidina Tamim Abu Ad-Dhari jumpa Pulau itu dan
bertemu dengan Dajjal yg dirantai di dalam sebuah Gua. Selepas Tamim
memperkenalkan dirinya sebagai sahabat Nabi kepada dajjal lalu ia pun
bertanya, ''Apakah Saidina Abu Bakar maseh ada lagi? Apabila dikatakan
tiada maka Dajjal membesar. Kemudian Tamim mengatakan yg Saidina Umar
sebagai Khalifah sekarang makan mengecillah ia lalu mengatakan bahawa
Umarlah yg telah membutakan mata kanannya.
Tamim bertanya lagi apakah tanda engkau akan bebas? Lalu Dajjal mengatakan apabila dilihat wanita bebas berkuda.
Setelah bertanya
kepada dajjal akan program akhir zaman. Sehinggalah Tamim faham akan
program Dajjal lalu mengorak langkah membuat usaha demi utk umat di
akhir zaman yakni KITA.
Ada riwayat Muslim
yang diterima dari Fatimah binti Qais mengatakan: “Saya telah mendengar
muazzin Rasulullah s.a.w memanggil untuk solat. Saya pun pergi ke masjid
dan solat bersama Rasulullah s.a.w. Selesai solat, Rasulullah s.a.w
naik ke atas mimbar. Nampak semacam bergurau Baginda tertawa dan
berkata: “Jangan ada yang bergerak.
Hendaklah semua
duduk di atas sajadahnya.” Kemudian berkata: “Tahukah kamu mengapa aku
memerintahkan kamu jangan ada yang pulang?” Kami menjawab: “Allah dan
Rasul-Nya yang lebih tahu.”
Rasulullah s.a.w
berkata lagi: “Demi Allah aku menyuruh kamu berkumpul di sini bukan
ingin menakut-nakuti dan bukan memberi khabar gembira. Aku ingin
menceritakan kepada kamu bahawa Tamim Al-Dariy adalah seorang Nasrani,
kemudian dia datang menjumpai aku dan masuk Islam. Dia ada bercerita
kepadaku tentang satu kisah tentang Dajjal.
Pulau Socotra-Yaman
Kisah yang dia
ceritakan itu sesuai dengan apa yang telah aku ceritakan kepada kamu
sebelumnya. Katanya dia bersama 30 orang kawannya pergi ke laut dengan
menaiki kapal. Angin kencang datang bertiup dan ombak besar membawa
mereka ke tengah-tengah samudera yang luas.
Mereka tidak dapat
menghalakan kapalnya ke pantai sehingga terpaksa berada di atas laut
selama satu bulan. Akhirnya mereka terdampar di sebuah pulau menjelang
terbenamnya matahari.
Di pulau yang tidak
ditempati orang itu mereka berjumpa dengan binatang yang sangat tebal
bulunya sehingga tidak nampak mana jantina dan duburnya.
Mereka bertanya kepada binatang itu: “Makhluk apa engkau ini?” Binatang itu menjawab: “Saya adalah Al-Jassasah.”
Mereka tanya: “Apa
itu Al-Jassasah?” Binatang itu hanya menjawab: “Wahai kumpulan lelaki,
pergilah kamu ke tempat ini untuk menjumpai lelaki macam ini,
sesungguhnya dia pun ingin berjumpa dengan kamu. Mereka pun pergi ke
tempat yang ditunjukkan oleh binatang itu.
Di sana mereka
menjumpai seorang lelaki yang sangat besar dan tegap. Ertinya mereka
tidak pernah melihat orang sebesar itu. Dari tangannya sampai ke
tengkuknya dikuatkan dengan besi, begitu juga dari lututnya sampai ke
telapak kakinya. Mereka bertanya: “Siapakah anda?” Orang seperti
raksaksa itu menjawab: “Kamu telah mendengar cerita tentang aku.
Sekarang aku pula ingin bertanya: “Siapa kamu ini?”
Mereka menjawab:
“Kami adalah manusia berbangsa Arab. Kami pergi ke laut menaiki kapal,
tiba-tiba datang ombak besar membawa kami ke tengah-tengah samudera luas
dan kami berada di lautan selama satu bulan. Akhirnya kami terdampar di
pulau yang tuan tempati ini.
“Pada mulanya kami
berjumpa dengan binatang yang sangat tebal bulunya sehingga kami tidak
dapat mengenali jantinanya. Kami tanya siapa dia katanya Al-Jassasah.
Kami tanya apa maksudnya dia hanya menjawab: “Wahai kumpulan lelaki,
pergilah kamu ke tempat ini untuk menjumpai lelaki macam ini,
sesungguhnya dia pun ingin berjumpa dengan kamu.”
Itulah sebabnya
kami datang ke tempat ini. Sekarang kami sudah berjumpa dengan tuan dan
kami ingin tahu siapa tuan sebenarnya.” Makhluk yang sangat besar itu
belum menjawab soalan mereka terus sahaja mengemukakan soalan:
Gua di Pulau Socotra-Yaman-Apakah di dalam gua ini Dajjal dikurung waktu itu...?
“Ceritakan kamu kepadaku keadaan kebun kurma yang di Bisan itu,” nama tempat di negeri Syam. Mereka menjawab:
“Keadaan apanya yang tuan maksudkan?” Orang besar itu menjawab: “Maksudku apakah pokok kurma itu berbuah?”
Setelah mereka menjawab bahawa pokok kurma itu berbuah, orang besar tadi berkata: “Aku takut pokok itu tidak berbuah.”
Orang besar itu
bertanya lagi: “Ceritakan kepadaku tentang sungai Tabarah.” Mereka
menjawab: “Tentang apanya yang tuan maksudkan?” Lelaki itu menjawab:
“Maksudku airnya apakah masih ada.” Mereka menjawab: “Airnya tidak
susut.” Lelaki itu berkata: “Air sungai itu disangsikan akan kering.”
Akhirnya lelaki
seperti raksaksa itu berkata: “Kalau begitu ceritakan kepadaku tentang
Nabi Al-Amin itu, apa yang dia buat?” Mereka menjawab: “Dia telah
berhijrah dari Makkah ke Madinah.” Lelaki itu bertanya lagi: “Apakah dia
diperangi oleh orang-orang Arab?” Mereka menjawab: “Ya, dia diperangi
oleh orang-orang Arab.” Lelaki itu bertanya lagi: “Kalau begitu apa pula
tindakan dia terhadap mereka?” Mereka ceritakan bahawa Rasulullah s.a.w
telah mengembangkan dakwahnya dan sudah ramai pengikutnya.
Orang besar itu
berkata lagi: “Memang begitulah, padahal mereka beruntung jika taat
kepadanya.” Kata orang besar itu lagi: “Sekarang aku terangkan kepada
kamu bahawa aku adalah Al-Masih Dajjal. Nanti aku akan diberi izin
keluar, lalu aku pun akan menjelajah dunia ini. Dalam masa empat puluh
malam sudah dapat aku jalani semua, kecuali Makkah dan Madinah yang aku
tidak dapat memasukinya. Negeri Makkah dan Madinah dikawal oleh para
Malaikat, maka aku tidak dapat menembusinya.”
Kata Tamim Al-Dariy
lagi, “Rasulullah s.a.w menekankan tongkatnya di atas mimbar sambil
berkata: “Inilah negeri yang tidak dapat dimasukinya itu, iaitu Madinah.
Saudara-saudara sekalian apakah sudah aku sampaikan cerita ini kepada
kamu?” Mereka menjawab: “Ya, sudah ya Rasulullah.” Rasulullah s.a.w
berkata lagi: “Sememangnya hadis Tamim itu lebih meyakinkan saya lagi.
Ceritanya itu bersesuaian dengan apa yang telah aku sampaikan kepada
kamu sebelumnya, iaitu tentang Makkah dan Madinah yang dikatakan tidak
dapat dimasuki Dajjal.
Cuma dia ada
mengatakan di lautan Syam atau di laut Yaman. Tidak, bahkan ia dari arah
timur. Ia dari arah timur,” kata Rasulullah s.a.w sambil menunjuk ke
arah timur.
Rasulullah s.a.w
telah menguatkan lagi bahawa Dajjal akan datang dari arah timur. Ada
yang mengatakan bahawa Dajjal akan datang dari Khurasan atau Asfahan.
Wallahu a’lam
Pulau Socotra Di Yaman
Sumber:: http://papankekunci77.blogspot.com
Pokok Dragon Blood
Tiada kemudahan disediakan termasuk hotel penginapan,restoran atau infrastruktur yg baik di sana.
Lebih aneh apabila
ada masyarakat setempat yang mengaitkannya dengan penjara Dajjal. Pulau
Socotra, pulau terpelik di dunia,. mempunyai spesis tumbuhan yang amat
pelik, seperti dragon blood tree, atau pokok darah naga, getahnya
berwarna merah. Pokok 'Dragon Blood Tree'.
Dalam bahasa
tempatan Dam al-Akhawain bermaksud..'blood of the two brothers'. Pokok
ini berharga kerana getah nya yang berwarna merah digunakan sebagai
pembuatan ubat dan kosmetik. Pokok nya begitu cantik dan unik.
Pokok Daragon's
Blood ini ialah salah satu diantara 900 spesis pokok yang sangat pelik
dan popular di pulau Socotra. Bila ke sini seperti pergi ke planet,
teori sebahagian pengalisa menyatakan pulau ini mungkin tempat asal
dajjal di kurung waktu dulu.
Wallahu a’lam
Wednesday, 25 December 2013
Monday, 9 December 2013
Wednesday, 4 December 2013
Monday, 2 December 2013
Subscribe to:
Posts (Atom)